Sunday 19 February 2012

Orang Kaya vs Orang Miskin

actually the title doesn't tell everything,mcm orang putih selalu cakap,don't judge a book by its cover..so begitu la isi karangan sy pada hari ini..hua3

ok,nak ceritanya seaawal pagi saya sudah bangun kerana sudah ber'date' dgn cik syud utk keluar merempit d jalanan Johor yg busy ni dengan tujuan ke PC Fair..ewah..seumur hidup sebelum ni skali je penah g PC Fair iaitu sewaktu *ewah ayat BM bole dipuji* nak beli laptop nih..so yg ni kira second time lah kan..makanya,merempitlah kami ke Danga City Mall..tp mungkin sedikit hampa sebab kedai kali ni x sebanyak dulu..walau bagaimanapun,hasil tangkapan hari ni bole la beli card reader sebab usb camera dh lama ilang..and LCD cleaner kerana screen laptop dh bertompok2 cendawan dah *maksudnya,semua sy beli bersebab*...

hasil pembelian sy tidak langsung menyumbang kepada pembangunan pesat ekonomi rakyat Malaysia, dan kalau semua yg g PC Fair beli macam sy,of cos tak tercapailah tujuan utama orang menganjur PC FAIR..


TAPI..

sedar tak bahawa adanya orang macam saya membuatkan jurang perbezaan antara si miskin dan si kaya tidak lah begitu ketara??? penting tau saya di kalangan korang2 semua.. mesti korang semua pikir "Why oh why?" sambil menghantuk dahi ke dinding..so utk memudahkan problem solving anda,I give u an analogy:

kalau korang tengah duk drive kereta 1000cc dkt tengah highway..pastu tiba2 dipotong oleh 2 buah BMW dan sebuah CRV..and then tak lama lepas tu lalu pulak kereta Honda..anda pun stop dkt R&R..mengenang nasib yg hanya naik kereta murah.."OMG..Why you have chosen me to be the poorest person in Malaysia??" tgh anda bermunajat d surau R&R,tiba2 orang datang tepi korang letak kat depan dia Beg Coach bersebelahan beg free anda dpt d booth Jom Heboh..lagi panjang munajat korang kan..dh siap 2 menapaklah anda penuh kekecewaan ke food court mengenang nasib malang bertimpa2..dah siap anda beli nasi campur lauk ikan keli,sayur bayam dan air sirap limau,anda pun cari tempat duduk utk memuaskan nafsu lapar..ade meja kosong..tapi...Mak Cik cleaner ni tak buat keje ke???? pinggan kotor n air suku nak abis besepah atas meja..huarghhhh..mengamuk lah anda sehingga bertukar hijau..cari punya cari mak cik cleaner then jumpe duk kutip pinggan satu persatu..baru je anda nak sergah dari belakang,siap dah susun ayat.."Ohoi,makan gaji buta ke?" anda terlihat aksi ngeri makcik cleaner yang tgh pilih2 ayam yg baru je disantap 1/8 dan letak dalam plastik..and nasi tu campur 4 pinggan nasi tak abis dh jadi sebungkus..dh siap2 bungkus,baru dia perasan ade makhluk hijau belakang dia..bila dia tanya, ade ape cik@encik? mesti tiba2 korang dah tuka skema jawapan, "Ni saya ade terbeli nasik lebih sepinggan, ingat kawan saya nak datang,tapi tak jadi pulak..Makcik nak makan?"

so, moral of the story is..kalau anda ke PC Fair dan mampu utk membeli at least cover iPad 2 or screen protector Samsung Galaxy SII,maka bersyukurlah kerana sudah mempunyai at least sebuah atau 8 buah gajet canggih di abad ini...masih ade yang tak mampu nak memenuhi even the most basic needs in Maslow's Hierarchy of Needs which are food, shelters and clothes *err,maksud saya any piece of cloth to cover your body,not Zara,or Levi's n so on* so,bersyukurlah dengan ape yg anda ade..dah kaya tu,pandai2 lah bayar zakat ye x? last but not least, one wisdom say I read from FB: "Aku menangis kerana tidak berkasut, sehingga aku bertemu orang tidak berkaki" so,tak susah mane pun kalau tak mampu tweet dkt Twitter via Blackberry..just live with what you have,don't live for what you don't have..*Ok, ayat reka sendiri..*
That's All.... Assalamualaikum :)


p/s: saya bersyukur dengan elaun sara hidup 600++ sebulan

2 comments:

  1. bersyukurlah anda dengan apa adanya..sesungguhnya Allah itu mengasihi org2 yang bersyukur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. err..kalau dah ade samsung galaxy s pn dh ok dh..bole main game tembak2 bola..ahah

      Delete