Dah lama kan tak update blog..lagi2 lepas ramadhan..nak kata busy sangat tu, still sempat je nak tidur petang..so,takde lah busy sampai takde masa langsung nak update..oklah,sebelum terlambat,saya ingin mengucapkan..SELAMAT BERAMAL IBADAH DALAM BULAN RAMADHAN..
dan alhamdulillah,Ramadhan ni dah masuk fasa kedua..dan minggu kedua jugak..kalau fasa pertama dulu adalah fasa kerahmatan,yang kedua ni nama dia fasa keampunan..bagi pendosa yang tak tau berapa billion hitungan dosa kita dengan ALLAH ni, dan contoh yang terdekat adalah diri empunya blog, mungkin fasa ni boleh menjadi tempoh untuk saya tidak putus2 mengharapkan keampunan dari Allah la kan..Subhanallah,betapa besarnya rahmat dan kasih sayang Allah tuh untuk hamba2 dia tak kiralah se'insignificant'nya kita di mata manusia, tapi Allah menjanjikan keampunan tu bagi hamba2 yang meminta dariNya..semoga kita tergolong dalam golongan2 yang diberi keampunan tu..insyaAllah~
dan alhamdulillah jugak,kerana Allah telah memberi peluang kepada saya untuk bersama2 beramal ibadat especially berterawih beramai2 walaupun tidaklah mempunyai kelengkapan seperti Malaysia..nak cari masjid macam masjid Kg. Raja tu jauh lah sekali la kan..tapi bercukup2 dengan yang tidak cukup tu membuatkan saya rasa tenang je beribadat..walaupun cabaran untuk beribadat tu sentiasa ada kan,tapi ketenangan jiwa tu membuatkan diri saya lebih sayu memperhambakan diri kepada Allah..insyaAllah,rasa ni cuba dikekalkan sampai sebelas bulan akan datang..dan yang bestnya berterawih bersama2 nih, tiap2 hari ada je benda baru yang sahabat2 saya *or juniors or seniors* yang berkongsi topik2 yang menarik..ye,diri saya taklah se'alim' mana,tapi dari cara perkongsian macam ni,saya rasa Alhamdulillah, jiwa saya terdidik sikit2 dengan Islam sebenar tu..tak reti pun nak cakap camane rasa dia,tapi best lah! *cam tak menggambarkan perasaan sebenar je?*
ibarat lagu Man bai dan raihan tu, semoga ramadhan kali ni membawa seribu erti kepada kita semua.. dan tidak lah ramadhan kali ini berlalu dengan sia2 dan tidak menjadi 'just another Ramadhan' kepada kita kan..insyaAllah,kita sama2 menggunakan Ramadhan ni dengan semaksimum yang mungkin untuk mengharapkan ganjaran di akhirat..
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak punya pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawaban” (Al Isra:36)
so,kenalah menjadi orang yang lebih mengambil tahu kenapa puasa itu diwajibkan untuk sebulan bulan Ramadhan ni..Aminnn~ =)
This picture is taken from here |
No comments:
Post a Comment