Tapi yang Yumna KESAHkan adalah soalan2 yang sentiasa berlegar2 di kepala setiap empunya mata yang memandang kelibat seorang makhluk di pertengahan usia 20an ni. Soalan2 sensitip yg memang sentiasa ditanya oleh mereka, umpama :-
1. "Bila nak langsung?" (eyh, macam TV program plak nk bersiaran secara langsung ni kan)
2., "Dah berpunya? (err,nak terus terang ke nak berkias ni?)
3. "Tahun ni ke tahun depan dah ni? * sambil senyum manja* " (ni tanya sal saham ke ape ni?)
Tapi soalan tu tak berapa mencabar, masih ade soalan subjektif yg mereka tanya yang boleh diibaratkan pita rakaman yang bermain secara berulang2 kali. Bukan masalah malas nk layan, truely saya memang menyayangi mereka di usia emas kerana mereka sangat comel dan keibuan serta kenenekan. Tapi sebab soalan2 tu jugak merupakan soalan yang tak mampu diberi jawapan seperti dalam skema pemarkahan. Kadang2 saya yg social awkward ni akan gagap sekejap or bagi tindak balas refleks tarik kain telekung ma saya ke utk nyorok. So, lepas ni, saya hanya perlu hafal skrip skema begini,bagi melayakkan saya lulus dengan cemerlang interview mencari calon beliawati pilihan. Antara soalan femes yang sering ditanya:-
1. "Dah keje?"
Response sy : belum *smbil geleng kepala*
Saya patut jawab: Masih belum diberi rezeki. InshaAllah, akan ada, cuma perlu bersabar sket je.
2. "Dah lama abis belaja belum dpt posting?"
Response sy: *senyum then tunduk malu*
Jawapan sepatutnye: Allah masih menyimpan rezeki utk saya dan kawan2, mungkin kerana Dia masih mahu terus mendengar kami berdoa.
3. "Dulu abis belaja terus posting,kenapa sekarang susah
sangat nak dpt?"
Response sy: *cuit ma harap ma jawabkan*
Seharusnya jawapannya begini: Sesungguhnya kami
sedang diuji. Sama ada kami bersabar atau sebaliknya. Mungkin cepat lambat
dapat tu berdasarkan kiraan manusia. Tapi insyaAllah sabar atau mengeluh kita
dikira ikut kiraan Allah.
4. "Kenapa anak sedara/anak jiran/anak manusia len etc. dah dpt awak belum dapat?"
Response sy: *angkat bahu* tak tahuuuulah
Seharusnya jawapanku begini : Rezeki sy belum ada makcik. Mungkin doa saya masih belum cukup atau Allah nak terus uji sabar saya. Tak apelah,lama sikit boleh duduk dkt umah dengan ma abah. Kan dah lama dulu duk merantau :)
Haaaa.. ada nampak tak kematangan dalam tutur kata kalau begitu lah jawapan saya??? Namun tidak.. Stakat jongket bahu or senyum naik sebelah je yg mampu sy berikan tiap kali ditanyakan soalan2 berikut.. Tak apalah,janji hati saya riang gembira duduk di rumah.
Kalau dah memang rezeki, inshaAllah akan ada.. Tak perlulah menyalahkan medium2 lain kerana menyekat rezeki atau merebut peluang kita.. Sebab rezeki tu hak Allah yang dipinjamkan kpd kita.. Ada atau tidak rezeki tu semua kehendak Allah yang dizahirkan melalui gerak hati medium2 perantara antara kita dengan Allah.. Nampak di situ, sikap suka menyalahkan individu lain akan membuatkan hati kita kurang mensyukuri nikmat yang kita dah ada semata-mata kerana apa yang kita mahukan tidaklah seperti yang terjadi. Bersabarlah. Bersabarlah. Bersabarlah. Key word mudah tp ramai tertewas. Kerana terlalu mendambakan sesuatu yang mudah kita tak sanggup nak bersusah2. SO, ingatan utk saya, sila lebih tabah agar muka tanpa kedut. Eyh. Ok2,the point is, semoga ujian ni tidak untuk melemahkan tapi untuk menjadi lebih kuat. Be strong bebeh! :)
Click here for the photo credit |